widgets

Friday, September 27, 2013

SAMBUTAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN



PERTANDINGAN ALUNAN MERDEKA

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK TAHAP 1

PERSEMBAHAN SAJAK DAN KOIR PRA SEKOLAH 



ACARA TERAKHIR MENYANYIKAN LAGU JALUR GEMILANG BERAMAI-RAMAI




BENGKEL TULISAN MEKANIS


Bengkel Tulisan Mekanis telah diadakan pada 18 September 2013 bertempat di BTP Negeri Sabah. Bengekl tersebut telah dihadiri oleh Guru-guru Tahun 1 dari sekolah-sekolah Daerah Kota Kinabalu.

Pihak Majlis Guru-guru Besar Daerah Kota Kinabalu telah menjemput En. Abdul Hassim Halddin, guru dari Sekolah Kebangsaan Batu 6 1/2 Segama Lahad Datu, iaitu pencipta inovasi Pembaris SIM untuk berkongsi pengalaman dan alat ciptaan beliau itu kepada guru-guru daerah Kota Kinabalu.

Idea mencipta Pembaris SIM ini timbul hasil pengamatan beliau terhadap masalah tulisan cakar ayam yang dihadapi oleh murid-murid beliau. 

Dengan menggunakan Pembaris SIM, masalah tulisan cakar ayam dapat diselesaikan dalam tempoh 5 minit sahaja. Menurut En. Abdul Hassim Halddin, alat yang dikenali sebagai Pembaris SIM yang menggunakan singkatan nama beliau dan bermaksud Senang, Ingat dan Mudah itu dibuat hasil kajian dan usaha beliau selama 12 tahun.

Alat tersebut telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan mempunyai dua versi iaitu untuk tulisan bulat menegak dan tulisan miring atau senget.

Penggunaan pembaris SIM ini juga amat mudah iaitu pengguna hanya perlu meletak dan menggunakannya dengan betul. Hanya dengan meletakkan cangkuk alat ini di tepi buku dan menulis di ruangan tengahnya berdasarkan panduan mudah, pengguna akan dapat melihat perubahan ketara tulisan mereka.

Beliau berharap inovasi tersebut dapat dikembangkan ke seluruh negara bagi membantu para pendidik dan ibu bapa menyelesaikan masalah tulisan cakar ayam di kalangan pelajar.



En. Abdul Hassim Haladdin sedang membuat demonstrasi penggunaan Pembaris SIM

En. Hambali Shuib Pengerusi MGB sedang berucap sebelum bengkel bermula


Guru-guru Tahun 1 sedang khusyuk mendengar penerangan daripada pencipta inovasi Pembaris SIM

Saturday, September 14, 2013

SELAMAT HARI MALAYSIA KE-50 !




SARINGAN LINUS KE 2 UNTUK TAHUN 2013

Kepada semua Guru-guru LINUS dan Pemulihan:

Saringan 2 untuk Tahun 1, 2 dan 3 akan diadakan pada tarikh-tarikh berikut:

SARINGAN MEMBACA / LISAN
01 September hingga 27 September 2013

SARINGAN BERTULIS
29 September hingga 11 Oktober 2013

PENGISIAN DATA DALAM PORTAL LINUS
22 Oktober hingga 31 oktober 2013


Saringan perlu dilaksanakan untuk semua murid Tahun 1, 2, dan 3 walaupun murid tersebut telah PERDANA. Semua murid perlu melepasi kesemua 12 konstruk untuk memasuki arus PERDANA. 

Diharap Saringan LINUS ke 2 ini dapat dijalankan dengan lancar dan menepati piawaian yang ditetapkan. Harap maklum dan selamat menjalankan Saringan LINUS 2. 



Kursus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Kursus dalaman berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)  telah diadakan pada 12 September 2013. Ceramah telah disampaikan sendiri oleh Puan Marianah Mohd. Yusuf, Guru Besar SK. Sembulan.



Pelbagai isu berkaitan telah dibincangkan bersama sepanjang kursus dijalankan. Melalui ceramah tersebut telah dapat memberi maklumat berkaitan PPPM dan membolehkan semua guru memahami dengan lebih mendalam matlamat yang ingin dicapai dalam PPPM.







Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas kesudian berkongsi maklumat dan kepada rakan guru-guru, renung-renungkan dan selamat berkhidmat demi negara, bangsa dan agama. 

Thursday, September 12, 2013

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Kursus Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) telah disampaikan oleh En. Franjie Abdul Rahman, Guru Bestari Sekolah Kebangsaan Sembulan. Kursus dalaman ini diadakan pada 11 September 2013. Kursus SPS ini merupakan salah satu kursus yang diadakan dalam Program Peningkatan Profesionalisme kepada guru-guru sebagai pengisian sepanjang 3 hari UPSR.


Sistem Pengurusan Sekolah merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :
  • Pengurusan Maklumat Sekolah
  • Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim
  • Pengurusan Pentadbir Sistem
  • Pengurusan Staf
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Sistem Rumah
  • Pengurusan Jadual Waktu
  • Pengurusan Asrama
  • Pengurusan Kehadiran
  • Pengurusan Kedatangan Murid
  • Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengurusan Buku Teks
  • Pengurusan Disiplin
  • Pengurusan Kurikulum
  • Pengurusan Kandungan
  • Pengurusan Program Nilam
  • Pengurusan Peperiksaan
  • Pengurusan Kokurikulum
  • Pengurusan Laporan
  • Pengurusan Utiliti
  • Pengurusan e-Cuti

Terima kasih diucapkan kepada En. Franjie Abdul Rahman atas perkongsian ilmu ini dan diucapkan tahniah.



Wednesday, September 11, 2013

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME

" Program Peningkatan Profesionalisme Guru dan Kakitangan ini dirancang dan dilaksanakan bagi memberikan input penting tanpa menjejaskan pembelajaran dan pengajaran guru dan tugas-tugas rutin kakitangan sekolah ini " - Pn. Marianah Mohd. Yusuf, Guru Besar.

Program Peningkatan Profesionalisme  ( PPP ) diadakan selama 3 hari sepanjang UPSR. Pelbagai program telah disediakan antaranya adalah:


  • Mesyuarat Pengurusan Akademik, HEM dan KOKUM
  • Taklimat Penyediaan SKT dan cara mengisi Borang Penilaian Prestasi
  • Taklimat Sistem Pengurusan Sekolah
  • Taklimat Virtual Learning Education
  • Taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
  • Taklimat Sarana Sekolah dan Ibubapa
Matlamat program ini diadakan adalah bagi menambahkan ilmu pengetahuan, menyebarkan maklumat semasa, mendapatkan maklumbalas serta merancang penambahbaikkan bagi mencapai kecemerlangan sekolah ini.








Tuesday, September 10, 2013

UPSR 2013

10 September 2013. Tarikh keramat kepada semua calon UPSR. Bermula hari ini sehingga 12 September 2013 murid-murid Tahun 6 menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

Sebelum semua calon berada di Dewan Peperiksaan, Pn. Marianah Mohd. Yusuf (Guru Besar) bersama guru-guru sempat memberi kata-kata peransang dan tips-tips menjawab soalan kepada mereka. 

Semoga semua calon berjaya menjawab soalan dengan tenang. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

Guru Besar memberi kata-kata peransang kepada semua calon UPSR.

Murid-murid khusyuk mendengar ucapan Guru Besar.


Pn. Mainah Md. Seh, Setiausaha UPSR yang berkerja keras memastikan kelancaran peperiksaan.





Saturday, September 7, 2013

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK

   Seminar Integriti Warga Pendidik telah berlangsung pada 7 September 2013, bertempat di Dewan Perdana Maktab Sabah. Semua guru SK Sembulan telah menyertai seminar tersebut bersama barisan pentadbir. Seminar ini telah dianjurkan oleh PPD KK dan turut disertai oleh guru-guru daripada beberapa buah sekolah rendah dan sekolah menengah. 

   Integriti membawa maksud "kejujuran, ketelusan, kesempurnaan dan keutuhan".  Ceramah telah disampaikan oleh Puan Sofiah Haji Johari, Pegawai Kaunselor dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. 

   Banyak informasi telah dikongsikan dalam seminar tersebut antaranya; Nikmat Integriti, Kepentingan Integriti Dalam Pendidikan, Isu Berbangkit Berkaitan Ketiadaan Integriti, dan Amalan Integriti Semasa Bertugas. 

   Kepada rakan guru-guru, sememangnya amalan integriti telah lama kita amalkan sebagai seorang pendidik. Seperti yang dikatakan oleh Puan Sofiah, "kecemerlangan pelajar bukan sekadar akademik". Renung-renungkan dan selamat mendidik dengan penuh integriti.


Guru-guru SK Sembulan yang menghadiri seminar


Aturcara seminar


Puan sofiah Haji Johari ( Penceramah Seminar Integriti )

Nota: Gambar-gambar dikongsi daripada Cik Adima Semat dan Pn. Hjh. Dg. Rohani Pg. Hj Yahya. Terima kasih admin ucapkan.

Sunday, September 1, 2013

DEDIKASI GURU PEMANGKIN ILTIZAM PELAJAR

1 September. Maknanya tinggal lebih kurang seminggu lagi menjelangnya UPSR 2013. Guru-guru dan murid-murid Tahun 6 bersama-sama gigih berusaha agar kejayaan dapat diraih bersama. Antaranya adalah dengan mengadakan kelas tambahan selepas waktu persekolahan tamat. Berikut dipaparkan beberapa gambar yang diambil sewaktu kelas tambahan diadakan. Dedikasi guru-guru pemangkin kepada iltizam para pelajar. 














Gambar-gambar diambil daripada koleksi Pn. Rahmah Jamawi. Terima kasih atas perkongsian informasi.