Pihak Majlis Guru-guru Besar Daerah Kota Kinabalu telah menjemput En. Abdul Hassim Halddin, guru dari Sekolah Kebangsaan Batu 6 1/2 Segama Lahad Datu, iaitu pencipta inovasi Pembaris SIM untuk berkongsi pengalaman dan alat ciptaan beliau itu kepada guru-guru daerah Kota Kinabalu.
Idea mencipta Pembaris SIM ini timbul hasil pengamatan beliau terhadap masalah tulisan cakar ayam yang dihadapi oleh murid-murid beliau.
Dengan menggunakan Pembaris SIM, masalah tulisan cakar ayam dapat diselesaikan dalam tempoh 5 minit sahaja. Menurut En. Abdul Hassim Halddin, alat yang dikenali sebagai Pembaris SIM yang menggunakan singkatan nama beliau dan bermaksud Senang, Ingat dan Mudah itu dibuat hasil kajian dan usaha beliau selama 12 tahun.
Alat tersebut telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan mempunyai dua versi iaitu untuk tulisan bulat menegak dan tulisan miring atau senget.
Penggunaan pembaris SIM ini juga amat mudah iaitu pengguna hanya perlu meletak dan menggunakannya dengan betul. Hanya dengan meletakkan cangkuk alat ini di tepi buku dan menulis di ruangan tengahnya berdasarkan panduan mudah, pengguna akan dapat melihat perubahan ketara tulisan mereka.
Beliau berharap inovasi tersebut dapat dikembangkan ke seluruh negara bagi membantu para pendidik dan ibu bapa menyelesaikan masalah tulisan cakar ayam di kalangan pelajar.
En. Abdul Hassim Haladdin sedang membuat demonstrasi penggunaan Pembaris SIM |
En. Hambali Shuib Pengerusi MGB sedang berucap sebelum bengkel bermula |
Guru-guru Tahun 1 sedang khusyuk mendengar penerangan daripada pencipta inovasi Pembaris SIM |
TERIMA KASIH BANYAK DIATAS SIARAN ARTIKEL INI DALAM BLOG SEKOLAH TUAN.
ReplyDeleteMALAM INI SAYA BARU TERJUMPA BLOG SEKOLAH TUAN INI.
SEKALI LAGI TERIMA KASIH BANYAK
DARIPADA ; ABDUL HASSIM HALDDIN - PEREKACIPTA PEMBARIS S.I.M.