" Program Peningkatan Profesionalisme Guru dan Kakitangan ini dirancang dan dilaksanakan bagi memberikan input penting tanpa menjejaskan pembelajaran dan pengajaran guru dan tugas-tugas rutin kakitangan sekolah ini " - Pn. Marianah Mohd. Yusuf, Guru Besar.
Program Peningkatan Profesionalisme ( PPP ) diadakan selama 3 hari sepanjang UPSR. Pelbagai program telah disediakan antaranya adalah:
- Mesyuarat Pengurusan Akademik, HEM dan KOKUM
- Taklimat Penyediaan SKT dan cara mengisi Borang Penilaian Prestasi
- Taklimat Sistem Pengurusan Sekolah
- Taklimat Virtual Learning Education
- Taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
- Taklimat Sarana Sekolah dan Ibubapa
Matlamat program ini diadakan adalah bagi menambahkan ilmu pengetahuan, menyebarkan maklumat semasa, mendapatkan maklumbalas serta merancang penambahbaikkan bagi mencapai kecemerlangan sekolah ini.
No comments:
Post a Comment